Ahad, 18 September 2011

Pantun Kahwin

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu
Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu
Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong
Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan
Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai
Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang

3 ulasan:

  1. ambik mano pantun kawin ni? Oo panda ni loni.. hehehehe.. dik, follow blog kak ana etek. =)

    BalasPadam
  2. tulisan(font) tuan blog buruk. susah mau paham...

    BalasPadam
  3. best sgt pantun ni..apa pun just nak share pd sesaper yg nak tempah hantaran untuk bertunang or kahwin, leh follow my blog at:

    www.jejarytouch.blogspot.com or FB: jejarytouch

    tq

    BalasPadam